Alasan-alasan yang menyokong bunuh diri Pandangan falsafah tentang bunuh diri

Terdapat juga alasan-alasan yang menyokong kebenaran untuk seseorang memilih antara hidup dan bunuh diri. Pandangan ini melihat bunuh diri sebagai satu pilihan yang sah.

Jalan fikiran ini menolak fikiran bahawa bunuh diri sentiasa atau biasanya bersifat tidak rasional tetapi sebaliknya, menganggapnya sebagai suatu penyelesaian untuk masalah-masalah sebenar. Ia merupakan jalan keluar yang sah apabila pilihan-pilihan yang lain dianggap lebih teruk. Tiada sesiapa yang harus dipaksa menderita lebih daripada yang perlu, dan bunuh diri memberikan cara untuk melepaskan diri daripada penderitaan.

Idealisme

Sesetengah pemikir mempunyai pandangan positif atau sekurang-kurangnya berkecuali terhadap bunuh diri, dengan sebilangan ahli falsafah pesimis, seperti Goethe dan Schopenhauer, yang menganggap bunuh diri sebagai suatu kemewahan yang terunggul dalam kehidupan.

Herodotus menulis: "Apabila kehidupan terlalu membebankan, kematian merupakan suatu perlindungan yang dicari". Schopenhauer menegaskan: "Mereka memberitahu kita bahawa bunuh diri ialah suatu perbuatan pengecut yang paling teruk... bahawa bunuh diri adalah salah; sedangkan agak jelas bahawa tidak terdapat sebarang di dunia ini yang mana-mana orang dapat memiliki yang mempunyai hak yang lebih tidak dapat disangkal daripada nyawa dan orangnya diri".

Arthur Schopenhauer memang dijangka mengambil berat tentang perkara ini kerana pandangan suramnya terhadap hidup. Karya utamanya, Dunia sebagai Kebebasan Bertindak dan Perlambangan (The World as Will and Representation), seringnya mempergunakan bunuh diri sebagai contoh-contohnya. Beliau menafikan bahawa bunuh diri adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral dan menganggapnya sebagai hak seseorang. Dalam sebuah alegori yang menarik, beliau membandingkan bunuh diri di bawah keadaan penderitaan teruk sebagai bangkit daripada tidur selepas suatu mimpi yang amat buruk. Bagaimanapun, kebanyakan bunuh diri dilihatnya sebagai suatu perbuatan kebebasan bertindak kerana ia berlaku apabila sesorang menolak kesakitan hidup dan oleh itu, adalah berbeza daripada pelepasan kebebasan bertindak oleh para zahid yang menolak keseronokan hidup. Gagasan-gagasannya menjadi keliru apabila beliau membincangkan bunuh-bunuh diri zahid; dari satu segi, beliau mendesak bahawa pembunuhan diri zahid hanya dapat dilakukan melalui kebuluran, sedangkan dari segi yang lain, beliau menceritakan tentang bagaimana zahid-zahid telah menjadikan diri sebagai makanan untuk buaya-buaya serta juga dikebumikan semasa masih hidup. Ini kelihatan bercanggah tetapi pada keseluruhannya, Schopenhauer jelas menunjukkan banyak rasa simpati kepada mereka yang membunuh diri.

Pada akhir abad ke-18, karya Goethe, Die Leiden des jungen Werthers, ("Kesedihan Werther Yang Muda"), sebuah cerita percintaan mengenai seorang pemuda yang membunuh diri kerana cintanya terbukti tidak berbalas, dikatakan mengakibatkan segelombang bunuh diri di negeri Jerman.

Liberalisme

Liberalisme menegaskan bahawa hayat seseorang hanya dimiliki oleh orang tersebut, dan tiada orang yang lain mempunyai sebarang hak untuk memaksakan idaman mereka pada orang lain. Sebaliknya, hanya orang tersebut boleh membuat keputusan, dan apa-apa sahaja keputusannya harus dihormati.

Thomas Szasz, ahli falsafah dan psikiatri, memperdebatkan bahawa bunuh diri merupakan hak yang paling asas. Jika kebebasan bermakna pemilikan diri, iaitu pemilikan hayat dan badan diri, jadi hak untuk menamatkan hayat merupakan hak yang asas sekali. Jika orang-orang lain boleh memaksa anda hidup, anda tidak lagi memiliki diri tetapi dimilik oleh mereka.

Dalam bukunya, Mengenai Bunuh Diri: Huraian mengenai Mati Rela (asalnya diterbitkan dalam bahasa Jerman pada tahun 1976), Jean Améry memberikan wawasan yang menyentuh perasaan tentang akal bunuh diri. Beliau memberikan alasan yang kuat dan hampir romantik bahawa bunuh diri mewakili kebebasan kemanusian yang muktamad dan cuba memberikan justifikasi kepada bunuh diri dengan frasa-frasa seperti "kita hanya tiba pada diri kita dalam kematian yang dipilih secara bebas", dan mengeluh tentang "hidup harian yang tidak masuk akal serta pengasingannya". Beliau membunuh diri pada tahun 1978.

Fikiran-fikiran falsafah dalam abad ke-19 dan ke-20 telah menyebabkan, dalam sesetengah kes, peralihan fikiran daripada menyokong sebarang pilihan seseorang kepada fikiran bahawa bunuh diri bukan lagi merupakan suatu jalan keluar atau sesuatu yang patut dipertahankan. Sebaliknya, falsafah patut memberikan justifikasi tentang mengapa manusia harus tidak membunuh diri. Banyak bentuk fikiran Eksistensialisme pada dasarnya bermula dengan premis bahawa hidup adalah tidak bermakna dari segi objektif, dan terus menujukan persoalan tentang mengapa seseorang harus "tidak membunuh diri". Ia kemudian menjawab soalan ini dengan mencadangkan bahawa manusia mempunyai daya upaya untuk memberikan makna peribadi kepada hidup sendiri.